Sunday, March 20, 2011

Cara-Cara Trade-In Kereta Dengan Selamat


Trade-in atau tukar beli kereta merupakan salah satu langkah untuk membeli sebuah kereta baru jika anda telah mempunyai sebuah kereta. Walaupun begitu, banyak pengguna teraniaya dan tertipu dengan trade-in. 

Berikut merupakan langkah-langkah selamat untuk tukar beli kereta lama anda: 
  1. Dapatkan jumlah "full settlement" kereta anda dengan pihak bank anda membuat pinjaman.
  2. Sekiranya jumlah Full Settlement lebih dari harga yang ditawarkan oleh syarikat used car / salesman, anda perlu tambah  jumlah yang kurang tersebut.
  3. Sekiranya jumlah Full Settlement kurang dari Harga yang ditawarkan oleh syarikat used car / salesman, syarikat used car tersebut akan membayar kepada anda lebihan tersebut. 
  4. Buat semakan harga pasaran kereta anda.
  5. Jika anda sudah mengetahui harga pasaran, harga trade-in pada kebiasaanya akan lebih rendah 4-10k dari harga pasaran. 
  6. Jangan terlalu mengejar harga trade-in yang terlalu tinggi. Pada kebiasaannya ada sesuatu tidak kena jika harga yang ditawarkan terlalu tinggi. Anda mungkin akan teraniaya.
  7. Sekiranya anda berurusan trade-in dengan salesman, anda mesti pergi bersama salesman tersebut untuk mempastikan butiran penting kewujudan syarikat yang dicadangkan oleh salesman tersebut. Pastikan lokasi dan alamat syarikat tersebut. Nombor telepon kedai tersebut. Tandatangan dokumen penyerahan kereta tersebut, sebagai bahan bukti jika berlaku perkara yang tidak diingini. Pastikan anda kenal tuan punya syarikat tersebut. 

No comments:

Post a Comment

Promosi Toyota / Honda / Perodua / Proton 2018.
Hubungi Zaki 0192198400